Jumaat, 1 Jun 2012

CINTA???


Aku rasa cinta ni satu perkara ajaib dalam hidup. Setiap hidupan terutamanya manusia perlukan cinta. Manusia hidup dengan cinta. Bahagia kerana cinta, derita pun kerana cinta. Sanggup mati kerana cinta pun ada. :). Setiap detik hidup yang ada unsur cinta mempunyai rasa dan warna yang tersendiri. Gembira sebab cinta tak sama dengan gembira biasa. Cinta tu fitrah. Satu keperluan. Mungkin kewajipan dalam menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Cinta mampu ubah segala yang ada dalam jiwa seseorang.  Pahit jadi manis. Manis jadi pahit. Indah jadi buruk. Lama jadi baru. Hodoh jadi cantik. Berat jadi ringan. Susah jadi senang. Segalanya terbalik dan berubah penilaian dan rasa hanya kerana cinta. :D