Aku rasa cinta ni satu perkara ajaib dalam hidup. Setiap hidupan terutamanya manusia perlukan cinta. Manusia hidup dengan cinta. Bahagia kerana cinta, derita pun kerana cinta. Sanggup mati kerana cinta pun ada. :). Setiap detik hidup yang ada unsur cinta mempunyai rasa dan warna yang tersendiri. Gembira sebab cinta tak sama dengan gembira biasa. Cinta tu fitrah. Satu keperluan. Mungkin kewajipan dalam menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.