Jumaat, 1 Jun 2012

CINTA???


Aku rasa cinta ni satu perkara ajaib dalam hidup. Setiap hidupan terutamanya manusia perlukan cinta. Manusia hidup dengan cinta. Bahagia kerana cinta, derita pun kerana cinta. Sanggup mati kerana cinta pun ada. :). Setiap detik hidup yang ada unsur cinta mempunyai rasa dan warna yang tersendiri. Gembira sebab cinta tak sama dengan gembira biasa. Cinta tu fitrah. Satu keperluan. Mungkin kewajipan dalam menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Cinta mampu ubah segala yang ada dalam jiwa seseorang.  Pahit jadi manis. Manis jadi pahit. Indah jadi buruk. Lama jadi baru. Hodoh jadi cantik. Berat jadi ringan. Susah jadi senang. Segalanya terbalik dan berubah penilaian dan rasa hanya kerana cinta. :D

Khamis, 30 Jun 2011

i like


Jika dia diam,
Diamnya sangat menyenangkan.
Jika dia senyum,
senyumannya sangat membahagiakan.
Jika, jika & jika
semuanya membuatkan kita selesa.
Itulah dia insan yang punyai akhlak terpuji.

Sabtu, 18 Jun 2011

saje je..salah??



Aku bukanlah orang yang hebat,
tapi aku mau belajar 
dari orang yang hebat.
Aku adalah orang yang biasa
tapi aku ingin menjadi
orang yang luar biasa.
Dan aku bukanlah orang yang istimewa,
tapi aku ingin membuat seseorang 
menjadi istimewa..
kan..kan...kan..


keikhlasan itu umpama seekor semut hitam
di atas batu yang hitam 
di malam yang kelam
yang amat kelam
ianya wujud
tapi..
"sukar dilihat"

Isnin, 13 Jun 2011

kisahku dan si siput

Satu hari, Tuhan memberiku satu tugas untuk membawa siput jln2..aku xdpt bjln cepat bsamanya..


w'pun siput tlh b'usaha keras mengikutiku..setiap kali..dia hanya mampu beralih sedikit demi sedikit..lalu..aku pun menariknya,,mengheretnya,,bahkan menendangnya..siput pun jadi terluka..ia mengucurkan keringat..nafas tersengal..susah payah dia terus merangkak..aku mendesak..mengherdik dan memarahinya..siput memandangku dgn pndagan meminta maaf..siput kata "maafkan saya..saya dh cuba sedaya upaya.." aku xtahan dan bteriak..


"Tuhan..mengapa Engkau meminta aku mengajak seekor siput bjalan? apa mksudMu?"...tibe2 aku merasa langit sunyi sepi..siput menghilang dari pandanganku.."Inikah jawapan Tuhan?"..Dia menyingkirkan siput dari kehidupanku..aku pun tsenyum sendirian.."baiklah,tugasku sudah selesai..yuhuu!!"
..tapi..ternyata siput aku melihat siput td merangkak di depan ku..aku terpaksa berjalan kesal di belakangnya..aku pelankan langkah..menenangkan hati..


dan SESUATU datang dalam hatiku..rupanya inilah yang Tuhan maksudkan..siputlah yang menuntun langkahku bukan sebaiknya..aku diminta perlahan untuk merenungkan saat kita dipertemukan dengan 'seseorang'...saat Sang Penolong menemukan diri kita, ingtlah bahawa itu anugrah yang mahal harganya..kerana dia..
...hidup kita diubah oleh-Nya..saat kita masih memiliki orang yang kita kaihi..berusahalah memperoleh kesempatan mengisi waktu bersamanya..kerana ketika mereka telah pergi..semuanya jadi terlambat..saat kita dipertemukan dengan teman yg dpt dpercaya..berushalah utk seia bsamanya..kerana..seumur hidup manusia, teman sejati tak mudah ditemui..


( friendship are fragile thing, and require as much handling
 as any other fragile and precious thing ~ ozey )

bisakah kita berdoa utk kebaikannya? bukankah kita berharap dia bahagia?..so..berilah senyuman manis utk semua kenangan yg tlh tjadi..kerana dia tlh m'buat kita mgerti tentng kisah sejati..saat mengingat org yg kita benci..mulai lah belajar memaafkannya..kehadirannya telah m'beri kesempatan pada kita utk lebih bijak..saat ingat org yang prnah b'khianat kpd kita..fikirkan secara positif..Jika bukan kerana dia..hari ini kita tak pernah memahami dunia dari dua sisi..saat ingat orang yang meninggalkan kita begitu saja, berterima kasihlah kerana dia pernah ada dalam hidup kita..saat b'temu dgn org yg pnh slh fhm dgn kita..carilah kesempatan utk mjelaskan..siapa tahu ini adlh pjumpaan t'akhir dgn nya..mari kita selidiki hati kita..apakah kita sedang merasa cepat untuk myingkirkan "siput-siput" yg tidak nyaman dalam hidup kita?? renungkan kembali..tak pernah segala sesuatu terjadi pada kita begitu saja..Rencana Tuhan mengaturnya demi kebaikan kita..saat itu..kita berjalan plahan utk merenung keberadaannya dalam khidupan kita..


...sahabatku..
..ingatlah..setiap perkara yang terjadi dalam khidupan kita..Dia Maha mengetahui dan itu adalah rencana-Nya..Jika suatu saat kita jatuh dan terluka..k'hilangan dan ditinggalkan..don't give up..yakinlah Dia tidak akan meninggalkan kita..Dia Maha Mengetahui apa yang t'baik untuk kita..

Every happens for a reason..there is no coincidence..


dan adakalanya Dia tidak memenuhi keinginan kita tetapi Dia memberi apa yg kita perlukan..
...thank u mr.caterpillar!!

Jumaat, 11 Februari 2011

"A picture speaks more than a thousand words"


Mencetak kehidupan bermula dengan mencetak hati. Melakar lukisan hidup adalah mengikut garis lakaran hati. potret kehidupan adalah cerminan wajah hati. Jika hati cantik, akan berserilah wajah kehidupan kita, begitulah juga sebaliknya.